Pageviews last month

Sunday, 31 July 2011

BeRaKhIrNyA BuLaN SyA'BaN

Assalamualaikum.

Hye blogger semua dan tak lupa jugak blog2 readers…J
Bulan Sya’ban dah nak berakhir..so,maknanyer kita akan menemui bulan ramadhan…wahh…lpas tu bulan Syawal pulak…seronok..seronok..cepat betol masa berlalu..aku rasa baru je lagi raya..hehe..tup2 dah nak puasa balik kan…

Hurm..bila nak masuk bulan ramadhan ni,bykla benda yang aku kena prepare…prepare utk raya..eh silap..prepare dari segi mental dan fizikal la…J..menahan nafsu dari segala godaan2 yang aku carik sendiri..bukan godaan syaitan hokey..sebab syaitan tu diikat pada bulan ramadhan..so,pada sape2 yang tak tahan wif any godaan tu,itu masalah diri korang ye..bukan masalah syaitan..so,jgn nak salahkan syaitan tuh…J

Ramadhan kali ni, kali ke dua aku duduk sendiri tnpa family..actually msa belajar selama 5 taun dulu sama je kan..tapi itu lain…hehe..bila dah kerja ni lagi la kena pandai berdikari..sape nak gerak sahur..sape nak masak berbuka..kalau bukan diri sendiri kan..:(.kalau kat rumah kan best..ada mak..:).dah besar pun nak harapkan mak jugak..teroks betoi…

Kadang2 tak senonoh jugak sebab sahur minum air jer..hehe..tau di puan Rosiah memg sure kena bebel..pantang larang puan rosiah adalah,wajib bangun sahur..hehe..tapi memg betol pun,dlam sahur tu kan ada rezeki kita..antara banyak2 hari kita sahur,mungkin antara hari2 tersebut terdapatnyer rezeki kan..jadi,bangunla sahur okey..nak aku tepek ke hadis2 Rasulullah???tak payahla..korg Tanya pkcik google sendirik hokey..lagi banyak penerangan kat situ…J

Bila ramadhan korg suka masak sendiri ke beli ye..or makan kat kedai aje??pada aku,aku suka masak sendiri jer…melainkan kalau tetiba aku jadi pemalas yahamat..memg beli aje..bila masak sendiri baru best.walaupun tak sedap sgt kan..hehe..masak simple2 jer..tak payah beria kan..nanti tak habis jugak..membazir dah kat situ…nanti kalau aku rajin aku tepek gambar2 lauk yang aku masak ye..hehe..poyo jer..

Last but not least,”SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA PEMBACA2 SEKALIAN..MOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SERIBU KEBERKATAN PADA DIRI KITA SEMUA”..PEACE YO…:p

Tuesday, 19 July 2011

Di pEnGhUjUnGNyA (IQA MENTOR 5)

Assalamualaikum...

Bila tengok tajuk entry nie...pernah dengar lagu ni???
Lagu ni best2..dengar sekali jer kau dah minat..tapi tak puas hati sebab IQA tak menang masa Mentor5 tu..huhu...okey apa dia ni..paling suka hasil tangan Edry msa konsert final tu..memang gempak..bertuah betol iQA sebab jdi protege Edry..:)..layan jela lirik2 lagu kat bawah ni dari korang baca apa yang aku bebelkan kat sini..:P



DI PENGHUJUNGNYA

Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa
Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar


Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan


Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya


Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar
Ku doakanmu dapat ketemu  seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup


Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan


Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya

Monday, 18 July 2011

FlaT 3a..sErAm kE???

Assalamaulaikum......


hye semua...:)
suka tgk cerita hantu tak???tak kisahla cerita MeLaYu,CiNa,oMpUtIh,KoErA,JePuN oR tHaIlAnD ker..tapi cerita HANTU..
cerita hantu ni best sebab terkejut2 la dibuatnya..aku mengaku aku ni boleh tahan penakutnya...tapi kalau bab2 tgk HoRrOr mOvIe ni..memg aku suka...huhu..tak tau kenapa..
tapi bila dah start tgk,kalau ada bantal,memg aku guna bantal tu tutup muka..intai sikit2 jek..tapi kalau takde bantal,tangan pun jadi la..lepastu tgk dekat celah2 jari..hehe..
masalah aku adalah,bila tgk cerita mcm ni,aku mula la pikir yang bukan2..terbayang2 hantu tu kat mana2..bila masuk toliet cuci muka,terbayang hantu muncul kat belakang lpastu nmpak melaui cermin..memg dah macam tiru scene dlm movie plak..hehe..
imaginasi tinggi sgt..tula masalhnyer..tapi berlagak nak tgk..


okla..berbalik pada tajuk asal..FlAt 3A...korang dh tengok belum cerita ni..dulu pernah aku bukak entry psl SeNJaKaLa..aku suggest jgn tgk kan...Cerita ni pun sama..jangan la tengok yer..bagi yang merancang nak tgk tu,batalkan la niat korang...marila kita sama2 melingkupkan MIG..hehe..cerita mcm ni boleh dibuat movie..kejadah betol..dengan hero yang ntah apa2..berlakon macam kayu..nasibla Intan Ladyana ada..hidup jugak cerita tu..yang lain2 semua hado...cerita tak logik plak tu...apada..penulis skrip ngn pengarah pun sama je..mcm 1st time buat skrip n first time mengarah jek..


aku yang penakot ni pun boleh tgk mcm takde perasaan..biasanya bila tgk mesti xperasan cerita nak habis kan..tapi,brpa kali tgk jam..bila la nak habis..huhu(padahal dah nak terkucil sbnrnyer..sbb tu xsabar2)..tapi xder kena mngena pun yer..hehe..memg la ada terkejut2 sikit..itu pun sbb sound nyer kuat sgt..itu jer..hehe..bukan takot sbb antu keluar ke apa..hantu pun budak jer..so,xderla scary sgt kan...


tapi adala jugak scene2 yang membuatkan kami2 dlm panggung ni gelak..hehe..cuma tak puas hati jek sebab tak seram.......thanks pada SM sbb belanjer saya tgk movie ni walaupun dh nak tertdo..kesian..hehe..tak mencabar lansung ek cerita ni...:)

SINOPSIS FLAT 3A

Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.


Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?

           

BARISAN PELAKON..

Friday, 15 July 2011

RoSeS MeMaNg cAnTiK...:)

Assalamualaikum...

Tangan terasa gatal pulak nak menaip malam ni..:)
Cuba perhati dlm blog aku ni apa yang korg semua nampak..layout n profile picture tu...:)..mestila bunga ROS kan...suka sgt bunga ROS ni..wangi...cantik..tapi..susah nak jaga..huhu..actually,entry ni bukan nak cerita pasal cara nak tanam n jaga bunga ROS yer..sebabnyer memang confirm la aku tak pernah tanam..hehe..mak je yang tanam..

Entry kali ni nak share psl....Sila baca di bawah okey...:)


Ramai wanita pasti suka bila ada orang memberi mereka bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa gembira juga. Tapi tahukah anda terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu diingatkan, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak. Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye :)

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

- Merah
Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
 
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.
- Pink
Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.
Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
Kuning
Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru
Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan
- Putih
Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you”
Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”
Lavender
Cinta pandang pertama dan pesona
 
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

- Oren
Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
 
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru
Hitam
Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
 
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru

- Biru
Mustahil dan tak dapat disempurnakan
 
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan



 Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini okey. aku teruskan dengan memberitahu maksud bilangan bunga ros yang diberikan pulak

- 1 Rose
Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
- 2 Roses
Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Roses
I love you
- 6 Roses
Aku ingin menjadi milikmu
- 7 Roses
Aku tergila-gilakan kamu
- 9 Roses
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
- 10 Roses
Kamu adalah sempurna
- 11 Roses
Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
- 12 Roses
Be my steady
- 13 Roses
Peminat rahsia
- 15 Roses
Saya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 Roses
Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 Roses
Aku setia pada mu
- 24 Roses
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Roses
menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
- 36 Roses
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 Roses
Cintaku padamu adalah tulen
- 50 Roses
Cinta yang tiada sesalan
- 99 Roses
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 Roses
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 Roses
Kaulah satu-satunya cintaku
- 108 Roses
Jom Kahwin!
- 365 Roses
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
- 999 Roses
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila



Jgn terlalu obses dengan maksd2 di atas ni yer..kompemla kaum lelaki takkan paham apa maksdu di sebalik bunga tu..:)..mesti ramai yang mengimpikan suami mcm SETH TAN kan..berharap dapat roses 1 bonet kereta..:)






mana nak cari yer bunga ros mcm nie..suntik ke ori nie..

of course la suntik kot sebab warna2 bunga ros hanya ada seperti dibawah ni jer(chart of roses)..ori punya okey..





MaRi bErFiKiR..........

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....
Ready? GO!!! (lihat bawah)











Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?









Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)








Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..








Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.!




Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?







Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?








Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja.




Gudluck:)

Wednesday, 13 July 2011

iMpIaN TerCaPaI AkHiRnYa......

Assalamualaikum......


Morning everyone..b4 aku start membusykan diri dengan keje2 yang membosankan amat ni,nak share dgn u all ceritera-ceritera masa aku dan kwn2 ke Terengganu last week...:)


Entry b4 nie aku ada cerita sikit plan nak ke Terengganu tu..tpi dat time tak sure coz mcm banyak benda yang menghalang..huhu..but,it happen already..berjaya jugak menjejakkan kaki ke sana..dis is not fisrt time aku ke sana,tapi saje2 nak imbas kenangan2 masa belajar di Dungun dulu..hehe..giler kan..dahla jauh..sanggup plak tu..pergi pun 2 hari 1 malam saja..memang sangat penat!!!!tapi penat tu hilang jugak bila dah jejak Terengganu n aku n kwn2 ku dh seperti org JaKuN(sila tgk kamus kalau tak paham)...hehe.


Hurm..mcm biasa la,plan nak ke sana ramai..tapi akhirnya,yang pergi only 4(me,kakfi,syikin n ayum)..antara 4 anak gadis nie,ayum je yang bukan belajar sana..so,we all ber3 dah jadi ala2 pemandu pelancong ayum..hehe..pot pet...pot pet  cerita psl Dungun..Kuala Terengganu..hehe..Jumaat malam semua berkumpul kat rumah aku..senang sikit nak gerak kan..we all decide last minute utk gerak jam 4 pagi(hri sabtu) dari kl..plan asal nak gerak after subuh..tapi we changed our plan tuk menjimatkan masa..maklumla,jauh bebenor tue..mlm tu aku dapat tdo  2 jam jer..cukupla tok bertahan kan..aku drive sampai Kuantan je n 2nd driver sambung drive plak..masa tu la aku amik masa utk tdo..:)..tapi tido2 ayam jer..mana boleh lepaskan peluang nak tgk pantai2 otw ke terengganu kan..


Perot lapar...we all berhenti breakfast kat Mcd Kertih nu..nasib belum jam 11..sempat la amik breakfast Mcd yang dah lama aku idam..melantak tak hengat,then we all cont perjalanan seterusnyer...sempat jugak la snap pic2 otw ke sana...:)..really2 miss that moment..sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 12 tengah hari..fuhh..kejang segala montot2 n kaki hokey..itupun dah campur benti2 jgak..kalau direct,memg strok kitorang...check in jam 2..so,ada 2 jam lagi..kitorang pergi Terminal bas Kuala Trengganu dulu..according to my sis,ctu byk tdung murah2..baju murah2..so,apa lagi kan..pusing2 je kat atas tu tapi satu pun xberkenan..nth kenapa..mybe terlalu byk choices or takde choices lansung..hehe..tpi seriously tudung2 takde yang menarik..padahal itula tujuan utama aku nak ke situ..huhu..apela Terengganu ni..ketinggalan betol..aku sambar keronsang je kat ctu...


Masih awal lagi..tak larat dah sebenarnyer..dlm kepala aku nak baring je n mandi..dhla selesema..aku demam..huhu..boleh plak kan..cmne nak meronggeng cmni..mkn ubat selesema sure ngantuk..so,bertahanla kot2 boleh kering selesema tu..hehe.kononyer nak jenjalan lagi,ayum pun call hotel sbb nak bgtau we all lmbat ckit..tp sbb semua dah lemau,kul 1.30 gerak ke hotel trus..cari punya cari,tak jumpa..muahaha..pastu kakfi cakap"cuba tgk atas plak..yela,bangunan tinggi,mna tau nmpak kan"hehe..idea bernas..tgk2 atas tak jumpa pun..then kakfi perasan ada bangunan tinggi berhuruf "f".bila tunjuk,aku pun sure2 la memg itula hotelnyer..nasib dh tgk pic dlm tenet..kalau tak,haru jer mencari..rupanya dekat jer..we all je gelabah cari jln jauh2..Google pnye psl la nie..tak boleh dipercayai betoi..


Masa nak check in ni la hati amatlah panas..boleh plak bilik tak ready lagi..kejadah betol staff hotel nie..alasan yang diberi sebab kami call ckp masuk lewat ckit..motif korang nak lewat2kan..check in memg pkul 2..sedia jela..tak payah la tunggu kitorang datang..hangin okey..dhla penat..pastu cakap half an hour..tapi 45 mint tggu..huhu..masuk je bilik,perkara pertama amik gambar dlu..:)..pastu baru landing atas katil..then mandi2..sembahyang..huhu..seriously memg tak larat..nak tdo jer..kepala berat..hidung berair..seksanya..nak tdo xboleh sbb byk lagi aktiviti nie..bak kata kafi,kalau nak rehat2 balik k.l...hehe..kan dah kena marah...


Petang tu,after semua dah segar,we all pergi pasar payang utk membeli brg2 yang dikirim n utk ole2..:)..baru perasan rupanye we all tak lunch lagi..huhu..dh jam 4 time tu..nak alas perot beli la satay ikan..hehe..sape2 org pantai timur mesti tau satay ikan tu ape..5 cucuk sengget..sedap2...:)..masuk dlm pasar payang,ape lagi..borong la keropok kering,asam,serunding..dh dpt apa yang we all nak,cari plak kain2 kat kedai berhampiran..buat baju raya kekdahnyer..macam kat KL takdekan...hehe


Then we all pergi Giant..hurm.tak tau nak cari apa kat sana..tapi cari makan je.our lunch at 6 p.m yer...huhu..pastu pergi pantai batu buruk..masjid terapung...then pergi mkn mlm kat restoran Norazila..restoran ni famous kata org..sedap..not bad la..tapi ada cerita kelakar kat kedai tu..pelayan yang memg membuatkan kitorang ketawa..sape2 nak tau kenapa,sila la pergi Restoran Norazila tu..haha..sengal betol budak laki tu..igtkan fonen,tapi suara dibuat2..choii sungguh itu budak..kwn aku lagi galak nak tanya sbb nak make sure suara dia tu halus or dibuat2 smpai budak tu naik bengang..pecah perot ketawa..after mkn dlm 10 lebih,balik la hotel..tapi otw nak ke hotel singgah tempat ala2 i-city shah alam..baru nak buat tempat tu,so,xde bnda menarik lagi..aku sure hujung taun nie banyak bnda dkt ctu..sampai je hotel semua terbongkakng kepenatan..berakhirlah hari Sabtu...


Pagi ahad plak,check out awal dlm jam 10pg sebab byk tempat nak pergi lagi nie..1st skali pergi Taman Tamadun Islam..we all pergi Masjid Kristal je sbb nak cepat..b4 tu breakfast dulu dekat Restoran B-Beteng..sedap yahamat..Nasi dagang..Nasi minyak..hrga pun okey...snap sana sini..pose sana sini,setersnye ke Kg Losong cari keropk la..ape lagi kan..we all beli dekat Kedai Adik Beradik..ni pun survey kat tenet sbb nak tau mana nak cari keropok losong yang sedap..dah siap semua,balik suda....huhu...tapi singgah Dungun dulu..sampai Dungun dlm jam 3..nak tgk Uitm dihatiku punya psl n pergi Telok Gadong.hehe..tapi sblm tu lunch dlu...ni pun ada cerita tersendiri..SOTONG..tau tak berapa harga sotong celup tepung tu????satu cucuk 12 rgt n 10 rgt yer....mkn kat kedai seafood pun tak mahal mcm nie okey..memg pangkat terus kedai tu//sabarjela...makcik2..sila la letak harga kat situ..sbb nmpak ktrg Flat W ke makcik tekan kitorang smpai mcm tu..hado sungguh..


Lepas terkena peristiwa SOTONG,g Telok Gadong..lalu dpn Uitm..msa nila semua kenangan terimbas dgn sendirinya..hihi..BIG SWEET..bda yang membuatkan itorang tak berani kua mlm2 n tdo tak lena..huhu..semuanya akibat dari bangunan asrama lama dirobohkan...scary....pas men2 pasir kat Telok Gadong,kami pulang ke kl...paling seksa jam dari Paka ke Kuantan..huhu..smpai kl jam 10.30 malam..nsb baik Isnin tu aku cuti...:)..mmg keputusan yang tepat aku buat....


Lpas nie,nak ke Melaka n Jengka plak..Uitm dihatiku...hehe..semuanya dlm perancangan..thanks pada sape2 yang sudi baca entry nie..mengarut je banyak kan...hehe..chow sin chi..


our breakfast
satay ikan
pusing2 naik kete kuda best jugak   

masjid yang terapung
 ala i-city

masjid kristal yang dah tak berkilau
       
  sila ke kedai ni kalau nak keropok
                       
tempat berteduh:)..                                      
miss it..
nasib tak kena saman dgn pak guard kat sini..curik2 snap gambar..
                                      

Monday, 11 July 2011

kEsInAmBuNgAn CeRiTa jOhOrE

opps..lupa nak update cerita haritu...huhu..
teramat2lah busy..busy dgn apa pun aku tak tahu..hehe
hurmm..sampai mana yer cerita aku haritu..lupa suda...
okey2..dah igt...after majlis akad nikah my frenz,we all ber4 dibawa ke HoMeStAy..dekat2 jgak dgn rumah pengantin..dlm 5 minit je naik kereta..before pegi tu,aku mintak abg ipar kwn aku tunjuk station minyak dulu..maklumla..minyak dah nazak sgt..nanti terpksa plak anak2 dara nie menolak kereta..naya ja...sebelum tu,msa on the way ke felda sg sibol nie,we all tak jumpa sation minyak..memg pasrah jela time tu..terpksa bukak tingkap menhirup udara yang agak kotor tu..hehe..takot plak t minyak habis..nak jimat la katakan..
berbalik pada cerita tadi,settle je isi minyak,trus pergi HoMeStAy untuk berehat..bila sampai,paling kelakar abg ipar kwn aku cakap 'rasanya inila rumah tu'..erkk..rasa2???biar betik..salah masuk rumah nanti cmne???
aku pun tryla kunci y kwn aku bagi tu..tpi bila tgk2 mangga tu tak locked pun..pelik...risau dh nie..kang kena kejar parang ngn org rumah tu plak..tpi rumah kosong..so,aku try la lock mangga tu n bukak balik...Alhamduliiah betol..hehehe..buat nervous je Brother In Law kawan aku nie..
yang lain2 dh tak sabar nak masuk rumah nie..masuk je dlm bilik,trus cop master bedroom..muahaha..jahat tak???as a ketua program bak kata kwn aku,aku layak dapat bilik ni..hehehe..


petang tu,lpas mandi,sembahyang aku tdo sekejap..sbb terlampau penat drive tanpa henti..huhu..
nsib acara seterusnya mlm pas magrib..bgun tdo perot lapar..igtkan aku sorg jer..rupanayer semua kebulur..dhla tak beli makanan ape2..nak tggu mlm mau pengsan..
nsibla ada volunteer g cari mkn kat luar..balik je diorang dr kedai,semua hentam sebab lapar..then we all siap2 nak pergi MaLaM BeRiNaI pulak..part nie aku tension,sebab kena jadi pengapit...takmau....kawtim punya kawtim,akhirnyer kwn aku setuju nak jadi pengapit...hihi..thanks CiPoT...sbb ko la aku selamat xjadi pengapit..lgipun tema baju aku lain bebenor ngn pengantin malam tu..maklumla pengapit bidan terjun..
cerita tentang malam berinai kat sini,sgt2 menarik..masa ni la ada renjis2 bagai,family bergambar..bila pk balik,memg bagus buat mcm nie..almaklumla,bila hari kenduri,kompem la family busy dgn tetamu n takder masa nak bergambar kan..


lpas we all amik gambar,pegi MaKaN plak..menu malam tu SuP GeArBoX..terkezut mak..xpenah2 mkn..tpi aku assume mcm mkn sup tulang jer..huhu..nmpak menyelerakan tapi sedey..sebab berminyak sangat.punah harapan..mkn pun ala2 kadar jer..dhla time tu kebulor yahamat....lpas mkn we all plan g JB..nak ke Danga Bay kononnyer..alang2 dh smpai Johor,xkan xnak pergi kan..even dh malam pun,tibai ajer...


sampai Danga Bay,pose sana sini xhengat dunia..lihatlah dunia..kami kat Danga Bay..bak kata kwn aku...hehe..giler betol..we all melantak dekat restoran tepi laut..mkn besar punyer sbb masing2 dh kebulor sgt2..not bad la restoran tu..apa nth namanyer..t aku upload pic kalau berkesemptn..dh kenyang,time utk balik plak..smpai rumah dekat kul 2 pagi xsalah..hurm..sampai rumah tdo trus..tp aku tak tdo lagi..maklumla..jumpa kwn lama..mulut pun potpet..potpet..smpai terlelap..hehe


esoknyer pegi kenduri besar...paling best,masa pengantin n family datang,diorang dikenakan tol...selagi tak bayar,tak leh masuk..then,pak andam n kwn aku panggil kitorang utk jaga tol kat pelamin plak..wah,pucuk di cita ulam mendatang..apa lagi..mesti dpt duit kan..we all pun duduk la at pelamin..nsib dpt jugak angpau slpas penat bertelagah ngn makcik tu..huhu..tq makcik sbb bagi angpau kat kitorang...hehehe


dah settle smua,we all balik kl sbb dh petang kan..so,we all dibekalkan dgn lauk n nasi..buat bekalan katanyer..thanks makcik n pakcik sebab layan kami semua..:)seronok dtg johor..


                                                                  BERSEPAHNYER...
                                             CARA2 NAK MENGHABISKAN MASA
                                                            COMEI2 INI BUDAK..