Assalamaulaikum......
hye semua...:)
suka tgk cerita hantu tak???tak kisahla cerita MeLaYu,CiNa,oMpUtIh,KoErA,JePuN oR tHaIlAnD ker..tapi cerita HANTU..
cerita hantu ni best sebab terkejut2 la dibuatnya..aku mengaku aku ni boleh tahan penakutnya...tapi kalau bab2 tgk HoRrOr mOvIe ni..memg aku suka...huhu..tak tau kenapa..
tapi bila dah start tgk,kalau ada bantal,memg aku guna bantal tu tutup muka..intai sikit2 jek..tapi kalau takde bantal,tangan pun jadi la..lepastu tgk dekat celah2 jari..hehe..
masalah aku adalah,bila tgk cerita mcm ni,aku mula la pikir yang bukan2..terbayang2 hantu tu kat mana2..bila masuk toliet cuci muka,terbayang hantu muncul kat belakang lpastu nmpak melaui cermin..memg dah macam tiru scene dlm movie plak..hehe..
imaginasi tinggi sgt..tula masalhnyer..tapi berlagak nak tgk..
okla..berbalik pada tajuk asal..FlAt 3A...korang dh tengok belum cerita ni..dulu pernah aku bukak entry psl SeNJaKaLa..aku suggest jgn tgk kan...Cerita ni pun sama..jangan la tengok yer..bagi yang merancang nak tgk tu,batalkan la niat korang...marila kita sama2 melingkupkan MIG..hehe..cerita mcm ni boleh dibuat movie..kejadah betol..dengan hero yang ntah apa2..berlakon macam kayu..nasibla Intan Ladyana ada..hidup jugak cerita tu..yang lain2 semua hado...cerita tak logik plak tu...apada..penulis skrip ngn pengarah pun sama je..mcm 1st time buat skrip n first time mengarah jek..
aku yang penakot ni pun boleh tgk mcm takde perasaan..biasanya bila tgk mesti xperasan cerita nak habis kan..tapi,brpa kali tgk jam..bila la nak habis..huhu(padahal dah nak terkucil sbnrnyer..sbb tu xsabar2)..tapi xder kena mngena pun yer..hehe..memg la ada terkejut2 sikit..itu pun sbb sound nyer kuat sgt..itu jer..hehe..bukan takot sbb antu keluar ke apa..hantu pun budak jer..so,xderla scary sgt kan...
tapi adala jugak scene2 yang membuatkan kami2 dlm panggung ni gelak..hehe..cuma tak puas hati jek sebab tak seram.......thanks pada SM sbb belanjer saya tgk movie ni walaupun dh nak tertdo..kesian..hehe..tak mencabar lansung ek cerita ni...:)
SINOPSIS FLAT 3A
Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.
Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?
BARISAN PELAKON..
No comments:
Post a Comment