Pageviews last month

Friday 15 July 2011

RoSeS MeMaNg cAnTiK...:)

Assalamualaikum...

Tangan terasa gatal pulak nak menaip malam ni..:)
Cuba perhati dlm blog aku ni apa yang korg semua nampak..layout n profile picture tu...:)..mestila bunga ROS kan...suka sgt bunga ROS ni..wangi...cantik..tapi..susah nak jaga..huhu..actually,entry ni bukan nak cerita pasal cara nak tanam n jaga bunga ROS yer..sebabnyer memang confirm la aku tak pernah tanam..hehe..mak je yang tanam..

Entry kali ni nak share psl....Sila baca di bawah okey...:)


Ramai wanita pasti suka bila ada orang memberi mereka bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa gembira juga. Tapi tahukah anda terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu diingatkan, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak. Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye :)

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

- Merah
Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
 
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.
- Pink
Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.
Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
Kuning
Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru
Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan
- Putih
Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you”
Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”
Lavender
Cinta pandang pertama dan pesona
 
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa

- Oren
Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
 
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru
Hitam
Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
 
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru

- Biru
Mustahil dan tak dapat disempurnakan
 
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan



 Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini okey. aku teruskan dengan memberitahu maksud bilangan bunga ros yang diberikan pulak

- 1 Rose
Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
- 2 Roses
Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Roses
I love you
- 6 Roses
Aku ingin menjadi milikmu
- 7 Roses
Aku tergila-gilakan kamu
- 9 Roses
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
- 10 Roses
Kamu adalah sempurna
- 11 Roses
Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
- 12 Roses
Be my steady
- 13 Roses
Peminat rahsia
- 15 Roses
Saya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 Roses
Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 Roses
Aku setia pada mu
- 24 Roses
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Roses
menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
- 36 Roses
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 Roses
Cintaku padamu adalah tulen
- 50 Roses
Cinta yang tiada sesalan
- 99 Roses
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 Roses
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 Roses
Kaulah satu-satunya cintaku
- 108 Roses
Jom Kahwin!
- 365 Roses
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
- 999 Roses
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila



Jgn terlalu obses dengan maksd2 di atas ni yer..kompemla kaum lelaki takkan paham apa maksdu di sebalik bunga tu..:)..mesti ramai yang mengimpikan suami mcm SETH TAN kan..berharap dapat roses 1 bonet kereta..:)






mana nak cari yer bunga ros mcm nie..suntik ke ori nie..

of course la suntik kot sebab warna2 bunga ros hanya ada seperti dibawah ni jer(chart of roses)..ori punya okey..





No comments:

Post a Comment